Prasarana Teknologi Maklumat: Sejarah dan Pencapaian Pentadbiran Kerajaan Persekutuan Baharu Putrajaya, Malaysia

  • Mokmin Basri Universiti Islam Selangor, Malaysia
Keywords: Ibu Negara, Multimedia Super Corridor (MSC), Putrajaya, Nusantara, Indonesia

Abstract

Keputusan sesebuah negara untuk memindahkan pusat pentadbiran kerajaan atau ibu negara bukan sesuatu yang mudah untuk dibuat. Namun apabila wujud faktor yang tidak dapat dielakkan, perpindahan tersebut terpaksa dilaksanakan juga. Selain kos perpindahannya yang sangat tinggi, jangkamasa untuk menyelesaikan perpindahan ini juga mengambil masa yang panjang. Pelbagai keperluan perlu disediakan dari infrastruktur asas iaitu jalanraya, elektrik, air, bangunan dan termasuk juga infrasturktur dan infostruktur teknologi maklumat. Kajian ini bertujuan untuk mengkaji sejarah perpindahan pusat pentadbiran kerajaan Malaysia dari Kuala Lumpur ke Putrajaya. Bagaimana dan apakah bentuk infrastruktur teknologi maklumat yang disediakan serta status semasa pusat pentadbiran kerajaan baharu tersebut. Bagi merealisasikan kajian ini, kaedah yang digunakan adalah pengumpulan dan analisis kualitatif teks dan dokumen seperti yang pernah digunakan oleh penyelidik lampau. Kajian seperti ini adalah  bertujuan untuk mengemukakan analisis dan intepretasi yang bersifat teori.  Kajian ini mendapati proses perpindahan pusat pentadbiran kerajaan Malaysia mengambil masa kira-kira 19 tahun untuk disempurnakan. Infrastruktur dan infostruktur teknologi maklumat bagi Putrajaya disediakan melalui projek pembangunan Koridor Raya Multimedia (MSC) yang dilaksanakan hampir serentak. Putrajaya berjaya dibangunkan sebagai sebuah bandar pintar (bandar siber) dalam taman berteraskan teknologi dan pengetahuan. Putrajaya juga menjadi mercu tanda yang menggambarkan pencapaian sebuah negara moden dan membangun buah tangan anak bangsa sendiri yang bercirikan budaya tempatan. Selain menyediakan prasarana teknologi maklumat, MSC juga menyumbang kepada ekonomi Malaysia yang ditunjukkan dengan sumbangan kepada KDNK yang meningkat dari tahun ke tahun.

References

Ahmad Naqiyuddin Bakar. 2008a. Towards a new mode of governance in Malaysia: policy, regulatory and institutional challenges of digital convergence. Tesis Ph.D. University of Hull.
Alzahrin Alias. (2021, Julai 19). MDEC sasar tarik pelaburan digital RM50 bilion. Berita Harian. https://www.bharian.com.my/bisnes/lain-lain/2021/07/841055/mdec-sasar-tarik-pelaburan-digital-rm50-bilion.
Arnold, A.M. 2007. A Situational analysis of national information policy, with special reference to South Africa. Tesis Ph.D. University of South Africa. http://etd.unisa. ac.za/ETD-db/theses/available/etd-09172007-142628/unrestricted/thesis.pdf [2 Oktober 2007].
Burger, R.H. 1988. The evaluation of information policy: A case study using the SATCOM report. Tesis Ph.D. University of Illinois at Urbana-Champaign.
Creswell, J.W. 2009. Research design qualitative, quantitative, and mixed methods approaches. Ed. ke-3. Los Angeles: Sage.
Kronologi Pembangunan Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan Putrajaya. Perbadanan Putrajaya. n.d. https://blog.ppj.gov.my/2014/05/kronologi-pembangunan-pusat-pentadbiran.html
Mahathir Mohammad. (1995). Upacara Pelancaran Putrajaya. http://lib.perdana.org.my/PLF/Speech_dmm/DMM19950829-1.pdf
MDEC Sambut Ulang Tahun Jubli Perak. (2021, Ogos 1). Berita Harian. https://origin.bharian.com.my/bisnes/lain-lain/2021/08/845845/mdec-sambut-ulang-tahun-jubli-perak
Patton, M.Q. (2002). Qualitative research & evaluation methods. Ed. ke-3. London: Sage Publications.
Potret 15 Negara yang Pernah Memindahkan Ibu Kota. (2019, Ogos 30), https://lendah.kulonprogokab.go.id/detil/467/potret-15-negara-
MSC 2.0 Tarik Pelaburan Digital ke Seluruh Negara. (2021, Nov 14). https://www.bharian.com.my/bisnes/lain-lain/2021/11/887715/msc-20-tarik-pelaburan-digital-ke-seluruh-negara.yang-pernah-memindahkan-ibu-kota
Profil Wilayah Persekutuan Putrajaya. n.d. Portal Maklumat Rakyat (PMR). https://pmr.penerangan.gov.my/?page_id=1163
Reid, E. O. F. (1997). Strategic Utilization of Internet: Singapore’s IT2000 and Library 2000 Plans. IFLA Journal, 23(3), 203–210. https://doi.org/10.1177/034003529702300308
Telekomunikasi Di Malaysia. n.d. http://bukutekskssm.my/Geografi/Nota18.html
Published
2023-06-26